Thursday, November 18, 2010

MEMANDA WAZIR@TOK NGAH: SAMBUTAN ULANG TAHUN SENIMAN

http://memanda40.blogspot.com/2009/05/ulang-tahun-ke-36-seniman.html#links

Selamat petang memanda wazir.
Apa bicara kini ?
PKR kemalut kemimpinan
Kenapa agaknya?

Kata deme bergaduh ni syok
Kok orang Bota
Mike taktahu temak
Pantang nampak orang garang
Teman cabut keris

Tapi dah sejuk
Mintak maaf aje

Pak Wazir rajin
Ke pejabat
Apa bicara kini?

Orang Batu 8,
Tak sior main-main
Sungguh-sungguh buat kerja

Pak Wazir
Mari kita swatukan Melayu-Islam
Jangan deme bergaduh

Buruk beno
Satu agama dan satu bangsa bergaduh kan ?

Saturday, July 10, 2010

Siang Berganti Malam

Syukurnya kepada Allah S.W.T.
Memberi hidup dengan riang berbahagia
Menikmati alamNya penuh nikmat
Siang berganti malam

Tapi ada insan tamak
Orang pun semua diperlukannya
Sendiri punya langsung tidak memberi
Saban pagi meminta
Orang punya dia punya
Dia punya dia punya

Bagaimana nak nasihat insan begini
Kacau negara setiap hari
Jolok sana jolok sini
Tamak bertambah setiap hari

Rumah besar tersergam indah
Kereta besar dengan mewah
Masih tak syukur kepada Allah

Allah tabur tsunami
Kapal besar terkandas didarat
Dah begita baru insaf
Sepertiga manusia hanya selamat
Ketika itu baru berdamai

Diatas ke runtuhan
Tsunami
Damai baru boleh terserlah

Beginilah insan tamak
Bahagia langsung tak insaf
Mala petaka baru nak insaf

Dzura, Ipoh 11.07.2010

Sunday, July 4, 2010

Hari Ini 4 Julai 2010

Malam ini 11.26 malam
Syukurnya tidak terkira
Sihat badan
Sihat jiwa
Anugerah Allah Yang Maha Esa:

Ambil guni taruh pulasan
Nipah disemat disusun bersama
Perjuangan Ini Tanpa Batasan
Menyatukan umat sebangsa seagama

Gunung Daik tempat keramat
Menangkap lukan di kampung Maran
Niat baik sesama umat
Sentiasa memantapkan rasa persaudaraan

Main lelayang tempat kelam
ambil dahan terus diletakkan
Kasih sayang sesama Islam
Tiada perbalahan perlu ditimbulkan

Dzura 4.7.2010 Ipoh

Monday, June 21, 2010

Perjuangan Islam Bersatu


Kejayaan tercapai Islam bersatu wadah
Persamaan penyatuan abadi dengan niat bersama
Perbezaan gunakan kemudahan serta kemurnian
Angkara kini perbezaan menuju keperpecahan

Takhtakan perjuangan
Elakkan kehancuran
Cari penyatuan abadi dengan keikhlasan dituju
Duduk berbincangkan di Hari Raya Adha
Penyatuan perjuangan dengan mendokong menegakkan Syiar Allah
Nikmat sentiasa diberi
Kekayaan milik kita
Namun kita tidak berusaha

Balik perjuangan Rasullah S.A.W
Kepentingan puak dan diri hindarkan
Utamakan umat sendiri
Semua serahkan untuk kebajikan
Allah S.W.T, merempah ruahkan nikmat
Mari bersatu dengan kalimah Syahadah
Itulah perjuangan

Dzura 22.06.2010 Ipoh

Friday, June 18, 2010

Wednesday, June 16, 2010

Pukul 2.04 Pagi 17 Jun 2010

Sunyinya pagi
Insan sedang tidur nyenya
Aku menulis ini
Segar uratku

Malam penyepi
Allah S.W.T.anugerahkan masih hidup
Syukurnya tidak terkira
Aku sebagai umat Islam
Menunggu dan menanti
PanggilNya tidak menentu

TakdirNya
Pagi atau malam
Qadar dan takdir
Diterima penuh nikmat
Syaitan mengodaku
Berlindunglah kepadaNya

Sembahyanglah sunat
Sunat Tahjut
Sunat Witir

Segarnya dimalam
Merapatkan diri kepadaNya
Marilah umat Islam bersatu
MengangungkanNya setiap masa

Sujud, sujud, sujud
Merapatikan diri denganNya
Syukur dan terus syukur
Pagi dah 2.13 malam

Dzura 17.06.2010 Ipoh.

Tuesday, June 15, 2010

Balik Dari Kuantan

2.30 petang tiba kembali
Perjalanan Kuantan balik ke Ipoh
Syukur nikmat terasa
Perjalanan melalui Gambang,
Maran,juga Temerloh

Hari cerah cuaca baik
Menikmati ke biru alam Allah
Betapa indah alam Allah
Perjalanan dengan avansa
Pentas cepat
Sempat menikmati nasi lemak
Sehirup Milo di Gambang

Pagi sunyian tiada penghuni ramai
Sarapan bagi tenang selisa
Berteman menantu dua cucu
Isteri anak turut serta

Syukur, syukur
Menimati perjalanan pagi menyelang tengahari
Dapat makan tengahari Di Tapah
Dipercutian sekolah
Bangku penuh penghuni
Ada kurang beradap
Sedang memakan juadah dia terbatuk
Penghuni rasa jijik
Makan terhenti terasa muak
Makan terbiar tidak terhabis
Sikap insan tanpa menghormati jiran sekeliling

Begini insan tidakmenghormati jiran tertangga
Terlepak makanan membasiran
Perjalanan terus
Sampai di tempat dituju
Syukur dapat nikmat rahmat Allah

Dzura 15.5.2010 Ipoh